Banner
Banner
MENGAMATI ERTI MERDEKA
BAHAGIAN 01

 

BAHAGIAN 02
 
BAHAGIAN 03
 

WAKTU SOLAT

Unit-unit
Unit-unit
Filter     Papar # 
# Tajuk Artikel Penulis Hit
1 Unit Pembangunan Ibadah Administrator 1650
2 Carta Organisasi Administrator 1606
3 Imam Besar Administrator 1147
4 Unit Dakwah dan Informasi Administrator 868
5 Unit Pengajian Dan Pendidikan Administrator 1146
6 Unit Pentadbiran dan Kewangan Administrator 1016
 

PERASMIAN LAMAN WEB BARU MSSAAS

 

Pada Sabtu, 8 Ogos 2009 yang lepas, laman web rasmi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah selamat dirasmikan oleh YB Dato' Dr Hassan Mohd Ali (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor) diiringi Imam Besar MSSAAS S.F.Ustaz Ahmad Mustafa b. Mohd Sidin. Perasmian telah dijalankan di dewan solat bawah MSSAAS sejurus selepas solat isyak berjemaah.

 

Sebelum ini, laman web Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah beralamat mssaas.jais.gov.my yang mana pengkalan datanya dikongsi dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Kini , Masjid Sultan Salahuddin telah memiliki pengkalan data sendiri dan beralamat baru iaitu www.mssaas.gov.my.

Para pengunjung laman web yang baru ini boleh memuat turun tentang jadual pengajian Masjid Negeri yang terkini. Selain itu, pengunjung turut boleh mendapatkan borang-borang, informasi terkini tentang masjid dan perkhidmatan disediakan di Masjid Negeri.

Unit Informasi dan ICT Masjid Negeri juga sedang membangunan satu bahagian soal jawab dan kemusykilan tentang Islam yang akan dijawab oleh Imam-Imam masjid negeri. Selain itu, di bahagian ini pihak Masjid Negeri memberi peluang kepada pengunjung laman web ini untuk berkongsi pendapat serta menambah ilmu pengetahuan mereka berkaitan topik yang dibincangkan. 

Hakcipta terpelihara © 2009 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah