|
Menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan yang halal |
|
|
|
|
Soalan 09
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah hukumnya seseorang yang
mengharamkan sesuatu yang halal ataupun menghalalkan sesuatu yang haram?
Jikalau pengharaman atau penghalalan ini dilakukan oleh sesuatu pertubuhan,
misalnya jabatan kerajaan, bagaimana kah hukumannya? Apakah tanggungjawab
yang dipikul oleh seseorang atau sesuatu pertubuhan yang berkenaan jika
terjadi berlakunya perbuatan maksiat/dosa akibat dari pengharaman atau
penghalalan yang bercanggah dengan perintah Allah SWT itu? Adakah dosa
seseorang individu itu dipikul sama oleh pihak yang mempertahankan pengharaman
atau penghalalan itu?
Jawapan
i. Mengharamkan yang dihalalkan
oleh Allah S.W.T. atau sebaliknya hukumnya MURTAD ( keluar daripada Agama
Islam).
ii. Jika dilakukan oleh Pertubuhan
kita sebagai orang yang berada di dalam pertubuhan itu tidak boleh memberikan
sokongan sama ada di segi material, moral, tenaga dan sebagainya. Jika
kita memberikan sokongan maka kita akan bersama-sama dikenakan hukuman
murtad.
Sekian, Wallahualam.
|
|
Dikemaskini ( 11 Apr 2008 : 09:03 AM )
|