|
Soalan
24
Saya
sering menerima surat berantai yang menyuruh penerima berbuat baik seperti
berselawat, bersembahyang, menunaikan zakat dan haji serta sentiasa
bertaubat.
Surat itu turut menceritakan
mimpi Syeikh Ahmad Maeini (yang didakwa penjaga Makam Nabi Muhammad
saw) kononnya beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang berkata antara
60,000 orang yang mati, tiada satu pun yang beriman.
Si penerima disuruh mencetak
20 salinan dan dihantarkan kepada 20 orang. Dalam surat itu juga menceritakan
‘kebaikan’ yang diterima bagi orang yang mencetak dan menghantarnya
seperti keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima
anugerah.
Sebaliknya orang yang tidak
mengendahkannya akan ditimpa malang dan mala petaka. Soalan saya:
- Siapakah Syeikh Ahmad
Maeini? Adakah dia benar-benar wujud?
- Benarkah dalam zaman sekarang
antara 60,000 orang yang mati, tiada seorang pun yang beriman?
- Bolehkah kita mempercayai
surat berantai seperti ini dan mencetak serta mengedarkannya bagi
mengelak ditimpa bencana?
- Surat berantai ini sama
seperti SMS berantai yang menyuruh kita menghantar kalimah al-Quran
(yang dieja dalam Bahasa Melayu) dengan tujuan sama. Bolehkah kedua-dua
ini diabaikan begitu saja?
Jawapan
:
Surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan
untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa
melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.
Namun, unsur syirik di dalamnya
menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu
ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang
mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.
Ia seumpama tangkal yang
ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang
percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya;
ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.
Soal siapa mati dalam iman
dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk
kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.
Jangan turut serta sebarkan
dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya
melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita.
Petikan
dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Harian Metro
|