header image
UTAMA arrow KOLEKSI AQIDAH arrow AQIDAH arrow  Ragui keislaman
Ragui keislaman PDF Print E-mail

Soalan 25

Saya selalu terfikir mengenai status Islam saya. Saya dilahirkan dalam keluarga Islam dan belajar mengenai agama sejak kecil. Saya sering rasa was-was, terutama ketika sembahyang, dan ini menyebabkan perasaan saya tidak tenteram serta tertekan. Apakah jalan terbaik untuk menangani masalah ini?

Jawapan :

Kenapa mesti meragui kedudukan Islam jika dilahirkan dalam keluarga Islam? Biasanya keraguan ini terjadi di kalangan mereka yang tidak ambil kisah untuk mempelajari dan mendalami agama sendiri. Lahir daripada keluarga Islam memang secara automatik beragama Islam, tetapi pengetahuan agama Islam tidak datang dengan sendiri hanya kerana kita lahir dalam keluarga Islam.

Agama mesti dipelajari dan diamalkan. Itu sebabnya Allah menghantar Rasul sebagai utusan untuk kita belajar hal agama. Agama mesti diterapkan dari kecil hingga dewasa. Tiada noktah dalam mempelajari agama.

Berusahalah memahami dan menghayati ajaran Islam supaya keraguan ini dapat diatasi.

 

Petikan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Harian Metro

Dikemaskini ( 24 Mac 2008 : 10:54 AM )
WAKTU

WAKTU BERURUSAN
URUSAN KAD NIKAH & SESSI
KHIDMAT NASIHAT
Isnin - Jumaat
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 5.00pm
Tel : 03-55143461/
03-55143473/03-55141073

URUSAN PENGUATKUASAAN
Isnin - Jumaat
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 5.00pm
Tel : 03-55141053 /
03-55142000

Untuk urusan Aduan & Tindakan, hubungi talian :
HOTLINE 24 JAM
1-800-88-2424
JUMLAH PELAWAT