header image
UTAMA arrow SOLAT_lama arrow SOLAT arrow Perlaksanaan berulang-ulang niat untuk wuduk dan solat
Perlaksanaan berulang-ulang niat untuk wuduk dan solat PDF Print E-mail

Soalan 35

Assalamualaikum,

Untuk memantapkan lagi ilmu dan amal saya majukan 2 soalan;

Seperti yg diketahui bahawa niat untuk berwuduk di dalam Mazhab Syafie ialah ketika air sampai di muka, iaitu ketika menggosok muka kita berniat. Akan tetapi sekiranya niat itu berulang ulang kali seperti :"nawaitu fadhol wudhu', fardhol wudhu' liLlahi ta'ala", sambil menggosok gosok muka, adakah sah wudho' tersebut?

Begitu juga ketika solat, berniat ketika takbiratul ihram dan dalam waktu itu hati pun menggerakan niat. Ia mengambil masa lebihkurang 3 > atau 4 saat saja. Sekiranya niat tersebut berulang ulang tetapi masih di dalam satu takbir seperti "usalli fardhol 'asri, usalli fardol 'asri > makmuman" dan selesai takbir. (Olih itu panjang sikit tempoh takbiratul ihram tersebut). Adakah sah solat tersebut?

Persoalan saya ialah adakah sah ibadat tersebut dengan cara niat sedemikian.

Terima kasih. Wassalam.

Jawapan.

Setiap ibadat memerlukan niat serta yakin, apabila timbul sifat was-was atau syak dalam diri seseorang ia menyebabkan tidak kusyuk dan terpaksa melakukan berulang kali. Sifat ragu-ragu atau was-was dalam perkara ibadat, hendaklah dijauhi kerana ia adalah gangguan syaitan. Maka perlu memperbanyakkan membaca Surah An-Nas setiap kali melakukan sebarang ibadat.



Jawapan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah JAIS
WAKTU

WAKTU BERURUSAN
URUSAN KAD NIKAH & SESSI
KHIDMAT NASIHAT
Isnin - Jumaat
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 5.00pm
Tel : 03-55143461/
03-55143473/03-55141073

URUSAN PENGUATKUASAAN
Isnin - Jumaat
8.00am - 1.00pm
2.00pm - 5.00pm
Tel : 03-55141053 /
03-55142000

Untuk urusan Aduan & Tindakan, hubungi talian :
HOTLINE 24 JAM
1-800-88-2424
JUMLAH PELAWAT